
Perjalanan hidup saya sebagai seorang ibu, isteri, dan usahawan yang bermula di Kelantan, Malaysia dan diteruskan di Kanada telah mengilhamkan penubuhan McKelate Canada: Gaya Hidup Supermama Sejati dari Utara. Ianya menjadi bukti bahawa siapa saja mampu membina kehidupan yang diimpikan dengan keazaman dan keberanian, walaupun berhadapan dengan cabaran. Jika anda pernah rasa tertinggal atau terpinggir, ruang ini adalah peringatan untuk anda: Anda mampu melakukan sesuatu yang luar biasa!
Misi saya di McKelate Canada adalah untuk memberi inspirasi dan memperkasakan individu, khususnya wanita dan keluarga yang berhijrah, untuk hidup dengan berani, berkembang secara mampan, dan berjaya melangkaui jalan hidup yang biasa melalui kehidupan yang berteraskan tujuan, nilai kekeluargaan, dan ketabahan.

Selamat datang ke McKelate Canada: Gaya Hidup Supermama Sejati dari Utara, panduan utama anda untuk gaya hidup yang lebih bermakna dan membahagiakan. Laman web kami menyediakan tip dan sumber berguna tentang gaya hidup, kecergasan, pemakanan, kesihatan mental, dan banyak lagi. Sertai komuniti kami sekarang!

Adakah anda selalu sibuk mengurus anak, memasak, dan hal-hal kehidupan yang lainnya? Anda sebenarnya layak menjana pendapatan yang sesuai mengikut rentak kehidupan anda. Temui idea pendapatan sampingan yang mudah dan fleksibel, direka khas untuk para ibu seperti anda tanpa sebarang tekanan, hanya cara sebenar menjana pendapatan sambilan disamping keluarga tetap diberi keutamaan.
Ingin tahu cara urus rumah tangga dan kewangan anda seperti seorang profesional? Temui langkah-langkah kewangan yang ringkas tetapi berkesan, sesuai dengan kehidupan seorang ibu yang sentiasa sibuk.
Tingkatkan tenaga harian anda dengan hidangan berkhasiat kami yang direka khas untuk Super Mama. Daripada sarapan yang mudah disajikan hingga makan malam yang disukai seisi keluarga, kami sediakan segalanya untuk menyihatkan tubuh anda dan menyokong rutin harian yang padat.
Jadilah wanita paling berjaya dengan koleksi buku pilihan khas kami untuk para ibu yang tidak pernah berhenti berkerja. Dari tip keibubapaan hingga pembangunan diri, buku-buku ini adalah sumber rujukan anda untuk mengurus segalanya dengan setulus hati, penuh usaha, dan bergaya hebat.
Bersedia untuk mengharungi dunia keibubapaan dengan lebih yakin dan kurang huru-hara? Daripada tantrum si kecil hingga perbualan dengan remaja, tip dan alat bantu kami dapat membantu anda mengharungi setiap fasa dengan lebih jelas, tenang, dan penuh bermakna.
Hubungi kami secara dalam talian!
Sentiasa kunjungi laman ini untuk dapatkan informasi terkini, kisah kehidupan sebenar, dan tip praktikal yang dapat menyokong perjalanan anda di setiap langkah.
Sign up for awesome tips from your Super Mom.
McKelate Canada: A True North Supermom Lifestyle
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.